Blog Banner

5 Idea Untuk Naikkan Jualan Anda Pada Bulan Ramadhan

SM Anis
27/02/2023

Ramadhan kini kembali lagi. Bagi para peniaga offline mahupun online, bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nantikan kerana waktu ini adalah peluang untuk mereka buat sale gila-gila.

Di sini kami kongsikan kepada anda 5 idea yang anda boleh boleh gunakan untuk naikkan jualan anda pada bulan Ramadhan.

#1 Sediakan Offer Bersempena Ramadhan

AM.png?1657701033210


Anda boleh sediakan tawaran khas kepada semua pelanggan anda di mana tawaran ini hanya boleh didapati pada bulan Ramadhan sahaja, tiada pada bulan-bulan yang lain.

Ini akan membuatkan pelanggan anda tidak akan berfikir lama untuk membuat keputusan membeli.

#2 Lakukan Lebih Banyak Follow Up

AM.png?1657701033210


Anda boleh hubungi kembali prospek-prospek anda yang lama. Berikan offer yang anda lakukan bersempena Ramadhan kepada mereka yang pernah pm anda.

Anda perlu raji hantar/blast mesej WhatsApp kepada semua prospek anda.

#3 Jalankan Kempen Pemasaran Berterusan

AM.png?1657701033210


Kempen pemasaran hendaklah dilakukan bermula daripada awal Ramadhan lagi. Ini akan meningkatkan lagi awareness orang ramai terhadap produk atau servis anda.

Orang ramai akan sentiasa melihat iklan anda dan ini akan meningkatkan lagi potensi untuk mereka membuat pembelian produk ataupun servis anda.

#4 Hasilkan Produk Dan Servis Yang Eksklusif

AM.png?1657701033210


Anda boleh hasilkan produk dan servis yang eksklusif bersempena dengan bulan Ramadhan sahaja yang tiada pada bulan yang lain.

Ini akan membuatkan produk atau servis anda lebih unik daripada pesaing anda yang lain. Be outstanding !

#5 Memotong Kos Operasi

AM.png?1657701033210


Pada bulan Ramadhan, behavior atau tingkahlaku pelanggan akan berubah. Berdasarkan pengalaman kami, orang ramai hanya akan membuat pembelian pada waktu siang hari antara pukul 9 pagi sehingga 4 petang.

Selepas pukul 4 petang biasanya orang akan ke bazar Ramadhan dan sibuk bersiap untuk berbuka puasa. Pada waktu ni, tidak ramai yang akan online.

Pada waktu malam pula, biasanya orang akan ke surau atau masjid untuk melakukan solat Terawih. Ini waktu yang kurang sesuai untuk anda mempromosikan produk dan servis anda.

Jadi, pastikan anda membuat promosi jualan anda pada waktu yang tepat.

Tentang Shoppymore

Shoppymore.png?1638520347974

SHOPPYMORE ditubuhkan pada 2020, Shoppymore Global ialah platform pasaran baru muncul nombor satu di dunia. Dengan kehadiran di Malaysia dan tidak lama lagi di dunia – Shoppymore menghubungkan dan memperkayakan gaya hidup kita dengan nilai dan etika yang baik.

Shoppymore ialah pengendali portal beli-belah dalam talian yang bertujuan untuk mempromosikan pembelian dan penjualan barangan dalam talian dan merupakan pasaran e-dagang yang paling pesat berkembang di rantau ini. Leverage teknologi yang tertanam dalam gerbang masuk platform perniagaan untuk industri beli-belah runcit untuk memperoleh berbilion-bilion di peringkat global.

Portal beli-belah dalam talian syarikat menawarkan pelbagai produk merentasi pelbagai kategori. Ia adalah platform yang disesuaikan untuk menyediakan pelanggan pengalaman membeli-belah dalam talian yang mudah, selamat dan pantas melalui pembayaran yang kukuh dan sokongan logistik.

Watch Scan & Pay

Shoppymore.png?1638520347974

WATCH SCAN & PAY ialah Platform Beli-belah Langsung dan Rangkaian Beli-belah Pintar sehenti yang menawarkan pengguna kami cara baharu dan menarik untuk membeli dalam keselesaan rumah mereka sendiri.

24 jam di mana-mana, bila-bila masa melalui pelbagai platform; televisyen, perdagangan elektronik dan perdagangan mudah alih.

Dengan bekerjasama dengan Watch Scan & Pay, rakan kongsi akan mempunyai akses kepada perkhidmatan kami, yang akan menyediakan penyelesaian hujung ke hujung penuh untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka.

Follow Shoppymore

HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial HTML tutorial

Retrieved from,

Internet links, dated 28/02/2023, Puchong Selangor for reading, info sharing, and educational purposes only.